09 November 2008

Catatan Pengembaraan di Eropah

Siri Buku Catatan Pengembaraan di Eropah ini ditujukan kepada para pembaca muda untuk meluaskan pengetahuan mereka tentang kehidupan di Eropah khususnya tentang dunia persekolahan, perbukuan, kesenian dan kesusasteraan. Dengan bahasa yang mudah difahami dan teknik penulisan informatif yang menarik, para pembaca dibawa ke lokasi yang penting dan bersejarah lalu didedahkan dengan maklumat-maklumat budaya yang dapat memperkaya minda. Buku ini bagai pintu yang membawa pembaca ke tempat lain untuk mendalamkan pengetahuan, menikmati pengalaman baru dan mengenali budaya bangsa lain.

Sebagai bacaan informatif yang menarik, buku ini mengandungi foto dan ilustrasi yang berwarna-warni pada setiap halamannya. Istilah-istilah sukar telah ditandakan dengan jelas dan disenaraikan pada hujung halaman dengan huraian maknanya. Keistimewaan yang ada pada buku ini sekali gus dapat dijadikan sebagai bahan pembelajaran yang mudah dan lebih menarik lagi.

Profesor Dr Md Sidin Ahmad Ishak
Universiti Malaya


Catatan Pengembraan di Eropah mempunyai empat judul seperti berikut:


No comments: